telur goreng

Banyak resipi jimat tapi sedap yang boleh anda cuba. Salah satunya adalah resipi telur goreng budu yang sangat menyelerakan ini.

Walaupun resipi ini cukup simple, tapi rasanya sangat enak! Ada satu lauk ini pun dijamin akan buat anda makan bertambah-tambah.

Kalau ada yang tengah berjimat tapi nak makan sedap, ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.

Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!

RESIPI TELUR GORENG BUDU

Bahan-bahan:

  • Telur 5 biji
  • 1/2 botol kecil budu cap ketereh
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Bawang putih (potong kecil)
  • Cili api (potong)
  • Cili merah besar (potong)
  • Sedikit gula
  • Secukup rasa (jika suka)

Cara-cara:

1. Goreng semua bawang dan cili sehingga layu atau menjadi perang. Tambahkan sedikit minyak untuk menggoreng telur nanti.

2. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga telur menjadi hancur.

3. Seterusnya, masukkan pula budu. Kacau lagi sehingga telur sebati. Goreng sehingga masak dan terbit minyak semula.

4. Boleh tambah gula dan secukup rasa jika suka. Sambung gaul sehingga bercampur rata.

telur goreng

5. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas. Selamat mencuba!

telur goreng

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Telur Rebus Goreng Balado, Sesuai Untuk Yang Nak Jimat Tapi Makan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN