Mari kita kenali warna kod beras di pasaran Malaysia ini. Rupa-rupanya ada makna di sebalik warna bungkusan beras yang ramai tidak tahu. Bukan saja-saja bungkusan beras dibuat mengikut reka bentuk yang dikehendaki.
Tidak kisah apa jenama sekali pun, setiap rekaan bungkusan beras mesti memiliki bahagian berwarna pada bahagian bawah bungkusan tersebut.
Baca juga: Ketahui 3 Jenis Beras Yang Ada Di Pasaran, Nombor 3 Ini Paling Ramai Peminat!
Anda juga dapat melihat ‘bahagian berwarna’ ini dengan jelas menerusi katalog-katalog pasar raya. Antara warna yang sering dilihat adalah seperti warna ungu dan warna biru muda.
Malah, pilihan yang ditawarkan juga pelbagai. Ada beras import, ada beras tempatan, ada beras perang, ada beras wangi dan juga beras panjang.
Jika kita membeli-belah di pasar raya besar, ada satu seksyen khas disediakan untuk beras. Di bahagian tersebut, pilihlah beras yang anda mahu kerana semua jenis beras ada dijual. Daripada yang paling murah hingga yang paling mahal, semua ada.
Jom kita lihat penerangan dari pihak Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Perak (KPDN Perak) menerusi akaun rasmi TikToknya.
KENALI WARNA KOD BERAS DI PASARAN MALAYSIA
Pegawai KPDN yang dikenali sebagai Encik Anuar memberitahu bahawa setiap warna pada label bungkusan beras ini mewakili jenis beras yang dijual di pasaran runcit.
- Kod Ungu – Beras Putih Tempatan
- Kod Biru Muda – Beras Putih Import
- Kod Merah Jambu – Beras Wangi
- Kod Oren – Beras Basmathi/Istimewa
Menurut Encik Anuar, antara semua jenis beras yang dijual dalam pasaran, hanya harga beras putih tempatan yang dikawal harganya.
“Beras putih tempatan adalah beras yang dikawal harganya oleh pihak kerajaan iaitu, RM26 sahaja untuk 10 kilogram (kg),” ujarnya.
Video Penuh:
@kpdn_perak KENALI JENIS JENIS BERAS DIPASARAN MALAYSIA #beras #kpdn #kpdnperak #unitmedia_kpdnperak #kpb #fendyscreative
Perkongsian dari KPDN Perak ini telah mendapat perhatian netizen dan menjadi trending hingga mendapat sehingga 4.4 Juta tontonan serta 226.1K tanda suka.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda ketika ke pasar raya untuk membeli beras.
Sumber: TikTok PKDN Perak
Baca juga: Gadis Ini Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!