sambal telur pecah

Memang sedap makan bersama nasi panas-panas! Jom kita masak Sambal Telur Pecah cara mudah ini. Tak sampai 15 minit dah siap dan terus menjamu selera.

Sambal Telur Pecah ini antara hidangan yang terdiri daripada telur yang digoreng dan dicampurkan dengan cili boh atau cili kisar.

Baca juga: Telur Bumbu Kuning Pedas Resipi Indonesia, Sedap Makan Bersama Nasi Impit, Pulut Kuning 

Telur tersebut terus dipecah dan bergabung dengan campuran sambal yang terbuat dari cili kering, bawang putih, bawang merah, dan bahan lainnya.

Hidangan ini memiliki rasa pedas dan sedikit manis, serta biasanya dimakan bersama dengan nasi sebagai hidangan utama.

Ikuti cara ringkasa menerusi perkongsian dari Cik Puan Linda Ahmad ini. 


RESIPI SAMBAL TELUR PECAH

sambal telur pecah

Bahan-bahan A:

Kisar semua bahan-bahan diatas.

Bahan-bahan B:

Cara-cara memasak:

1. Tumiskan bahan2 A sehingga naik bau masukkan cili kering, tumis sehingga masak atau pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa, masukkan gula, garam & bahan perasa. Kacau sehingga naik bau kemudian, masukkan sedikit air jika kuah nampak pekat.

3. Bila tumisan dah naik bau, masukkan telur sebiji demi sebiji, dengan api sederhana perlahan. Jangan kacau dulu dan biarkan seketika,tutup kuali.

4, Bila nampak putih telur hampir masak, baru kacau perlahan-lahan.

5. Kalau nak telur kuning nampak separuh masak atau lembik sedikit baru tutup api. Siap!

6. Masukkan dalam pinggan lauk dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Sambal Telur Pecah cara mudah ini.

Baca juga: Asam Pedas Telur Ikan Mayong, Memang Unik Dan SEDAP ‘Terangkat’!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN