Pelbagai jenis juadah boleh digunakan dengan menggunakan kulit ‘beancurd’. Salah satunya adalah beancurd roll.
Beancurd roll ini mempunyai tekstur yang lembut dan moist apabila digigit, memang sangat sedap!
Resipi yang dikongsikan oleh Mellisa Mullen ini menggunakan isi ayam, lobak merah, daun bawang dan lain-lain sebagai inti. Wajib cuba!
Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh
RESIPI BEANCURD ROLL INTI AYAM
Bahan-bahan:
- 6 keping beancurd sheet
- 1 biji telur (ambil bahagian kuning saja)
Bahan inti:
- 2 mangkuk kecil isi ayam kisar
- 1 sudu kecil secukup rasa (brand maggi)
- 1 batang carrot bersaiz kecil (hiris halus)
- Sedikit daun bawang (hiris halus)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 sudu kecil serbuk lada
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1 biji telur
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan inti di dalam satu mangkuk. Gaul sehingga semuanya bercampur rata. Jika suka masin, lebihkan secukup rasa.
2. Ambil sehelai beancurd, letakkan inti tadi di atas helaian beancurd. Sapukan setiap sisi menggunakan kuning telur. Kemudian balut dengan kemas seperti popia.
3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160℃ selama 10 minit.
4. Tak perlu sapu atau sembur minyak kerana selepas sejuk, kulit akan tetap jadi lembut dan moist.
Kredit resipi dan gambar: Mellisa Mullen
Baca juga: Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!