Baik wanita mahupun lelaki, sudah pasti anda menginginkan kulit yang bersih dan bekas dari sebarang jerawat di muka.
Tahukah anda, ada satu langkah semula jadi yang boleh dicuba untuk menjadi kulit wajah bersih tanpa jerawat.
Mari MyResipi kongsikan satu resipi air yang dikatakan berkesan untuk membersihkan wajah. Minuman ini merupakan campuran 3 bahan iaitu batang saderi, timun jepun dan halia.
Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Twitter bernama Fura.
Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli, Minum Hari-Hari Banyak Khasiatnya!
RESIPI AIR DETOX UNTUK HILANGKAN JERAWAT DI MUKA
Berikut merupakan perkongsiannya:
“Memang betul ya when you blend Celery + Japanese Cucumber + thin slices of Ginger = skin you makin bersih and susah naik jerawat. I sudah amalkan ini selama semingu, waktu period pun jerawat tak muncul. Gurrrl definitely do this!
Bahan-bahan:
- 1/2 batang saderi
- 1/2 timun jepun
- Sehiris halia
Cara-cara:
1. Satukan batang saderi, timun jepun, halia beserta ais dan air di dalam pengisar.
2. Kisar sehingga semuanya hancur dan sebati.
Sumber: Twitter @secretlyfura
Baca juga: Ibu Kongsi Cara Hilangkan Batuk Guna Air Ini, Terus Sihat Serta Merta!