cara nak hilangkan batuk

Batuk berpanjangan boleh menyebabkan tekak rasa tidak selesa sekaligus boleh mengganggu aktiviti seharian kita. Selain dari makan ubat, ada satu cara nak hilangkan batuk iaitu dengan menggunakan air sarsi seperti perkongsian oleh Puan Mozairina Mohd ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana air sarsi boleh membantu meredakan batuk kan? Kalau nak tahu caranya, jom baca artikel ini sehingga habis.

Baca juga: 6 Makanan Yang Sesuai Ketika Batuk & Selesema, Lepas Makan Terus Cepat Sihat!

CARA NAK HILANGKAN BATUK GUNA AIR SARSI

Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Puan Mozairina Mohd, batuk anaknya hilang secara serta merta selepas beliau mengamalkan cara ini.

“Last guna petua ni. Panaskan air sarsi bagi minum untuk hilangkan batuk. Alhamdulillah batuk cik mia dah hilang. Demam dah baik.

Harini dah boleh kembali ke asrama/sekolah. Semoga anak ibu baik-baik sahaja ya. Sempat bagi 2 cawan jer batuk hilang serta merta.”

cara nak hilangkan batuk

Namun begitu, anda tidak digalakkan guna cara ini secara kerap kerana risau akan kandungan gula yang tinggi di dalam air sarsi. Jika batuk berpanjangan, sila dapatkan nasihat doktor.

Ada beberapa petua lain menggunakan bahan semula jadi untuk hilangkan batuk:

  • Makan 1 sudu makan madu asli dengan air suam
  • Minum teh herba
  • Minum air putih
  • Urut dada dengan minyak essential
  • Minum campuran 1 sudu makan cuka epal dan air suam
  • Berhenti merokok
  • Istirahat yang cukup
  • Campur sedikit kunyit dengan madu atau susu panas
  • Isap lozenge yang mengandugi bahan semula jadi
  • Hirup wap air panas
  • Guna pelembap udara
  • Kumur air garam
  • Minum air daun pudina
  • Makan yogurt
  • Hirup wap air bunga

Sumber: Mozairina Mohd

Baca juga: 6 Jenis Makanan Minuman Yang Boleh Cairkan Kahak & Bantu Sembuhkan Batuk

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN