tips pilih tembikai

Sebelum membeli tembikai, ada 4 tips pilih tembikai yang anda perlu tahu. Jika ikut tips ini, tembikai akan manis elok.

Harga tembikai ini ada kalanya murah dan jika mahal, mungkin ia di luar musim. Jika beli pada harga mahal, anda perlu pilih yang betul-betul manis, barulah berbaloi!

Pasti ada yang pernah terkena apabila tembikai yang dibeli tidak merah dan isinya tawar. Bila tengok kulit macam dah elok, tapi bila dibelah rasanya tidak enak.

Jadi, mari kita ikuti tip dikongsikan Aisyah Wahab ini untuk memilih tembikai yang manis dengan hanya melihat luaran tembikai sahaja.

Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal

TIPS PILIH TEMBIKAI MANIS

1. Pilih jalur yang cantik

Pertama sekali, anda perlu melihat jalur pada kulit tembikai. Pastikan memilih jalur yang kemas, tidak serabut dan sedap mata memandang. Ia menandakan buah tembikai itu manis.

Ini contoh tembikai yang mempunyai jalur yang cantik.

tips pilih tembikai

Ini pula contoh jalur yang tidak cantik. Biasanya jalur seperti ini kurang manis.

2. Pilih tapak yang kecil

Cara seterusnya untuk memilih tembikai yang manis adalah dengan melihat pada bahagian tapak. Jika tapaknya kecil, itu menandakan buah tembikai manis.

tips pilih tembikai

Jika tapak pada bahagian bawah itu besar, ianya kurang manis.

3. Pilih bentuk yang bulat

Cara yang ketiga pula, pilih tembikai yang berbentuk bulat. Ia menandakan buah itu manis.

Jika berbentuk lonjong, tembikai agak berair (juicy).

tips pilih tembikai

4. Pilih tangkai yang kerinting

Cara yang terakhir untuk memilih tembikai yang manis adalah dengan melihat pada tangkainya.  Pilih tangkai buang tembikai yang curly (kerinting).

Jika tangkai lurus, itu menandakan tembikai tidak manis.

Jadi, sekarang anda semua dah tahu cara memilih tembikai yang manis kan? Oleh itu, mari kita sama-sama praktikkan 4 tips ini semasa membeli buah tembikai ya.

Sumber: Aishah Wahab

Baca juga: Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN