Donut Salted Peach

Mari kita cuba buat Donut Salted Peach ini. Resipi ini semakin viral sehingga mencecah 5.2k perkongsian di Facebook. Memang nampak unik dan versatil.  

Baru-baru inikan trending buah peach berbentuk donut dan ramai yang membuat review untuk mencubanya. Jadi, ini resipi donutnya kita boleh cuba terus. Lagi sedap dengan rasanya yang lemak-lemak masin butter di dalamnya. 

Baca juga: Donut Pintal Gebu & Lembut, Resipi Viral Sampai 151k Shares di Facebook

Disebabkan harga buahnya yang agak T20 di pasaran, lebih berbaloi rasanya buat donut yang berbentuk peach ini. Ikuti perkongsian resipi dari Cik Puan Che Azawimie Che Zahari yang  semakin menjadi trending ini.


RESIPI DONUT SALTED PEACH

donut salted peach

Bahan-bahan: 

Campurkan bahan yang bertanda * untuk dijadikan topping.

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan ke semua bahan-bahan asas buat donut kecuali butter.

2. Campur sehinga ia menjadi doh kemudian rehatkan.

3. Timbang doh 30gm. Bulat-bulatkan dan masukkan salted butter sebagai inti.

4. Rehatkan doh. Kemudian tekap untuk nampak bentuk buah peach.

5. Tekan doh dengan hujung jari. Rehatkan doh supaya kembang.

6. Goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan. Masak sehingga emas keperangan.

7. Toskan. Tunggu sehinga suam. Kemudian gaulkan ke dalam gula topping tadi. Sedia dimakan.


Selamat mencuba resipi Donut Salted Peach yang viral ini. 

Baca juga: Viral Pula Donut Hitam Perisa Dark Chocolate Charchoal, Kreatif Betul Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN