cheesecake

Bagi anda yang mahu belajar membuat kek, jom cuba buat cheesecake ini. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja untuk membuat kek kegemaran ramai ini.

Baca juga: Biscoff Cheese Cake, Resipi SUPER Sedap, Lemak Berkrim Dan Gebu Tanpa Oven!

Hanya menggunakan susu pekat manis, telur dan cream cheese, anda boleh membuat kek yang gebu gebas dan lemak berkrim. Menarik!

Mari ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Nur Fadilah ini. 


RESIPI CHEESECAKE GUNA 3 BAHAN

cheesecake

Bahan-bahan:

  • 120g Tatura Cream Cheese⁣
  • 120g Susu Pekat Manis⁣
  • 3 Biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ini.

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat⁣

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sehingga berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan susu pekat.⁣ Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.⁣

2. Asingkan Telur Putih & Pukul⁣

Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.⁣ Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan Telur Kuning Dalam Adunan Cream Cheese⁣

Telur kuning jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.⁣

4. Campurkan Semua Bahan⁣

Sekarang, kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.⁣

5. Tuang Dalam Loyang⁣

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.⁣

6. Bakar⁣

Panaskan oven dengan suhu 150C selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).

Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.⁣

Cara bakar secara ‘waterbath’. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.⁣ Rendahkan suhu pada 150C untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.⁣

7. Sejukkan⁣

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.⁣

8. Topping⁣

Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.⁣ Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pun boleh.


Selamat mencuba resipi kek keju guna tiga bahan ini. 

Baca juga: Cara Buat Burnt Cheese Cake Guna Air Fryer, Elok Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN