Chicken manchurian atau ayam manchuarian ini merupakan hidangan Cina yang terkenal di restoran India dan Pakistan.
Ayam manchuarian merupakan gabungan ayam goreng rangup dan sos masam, pedas dan sedikit manis yang sangat lazat!
Resipi ini dicipta oleh seorang tukang masak berkelahiran Cina tetapi tinggal di Calcutta, India.
Jika ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh saudari Linda Mohd Isa di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Daging Crispy Black Pepper, Sama Sedap Macam Di Restoran Cina
RESIPI CHICKEN MANCHURIAN
Bahan-bahan:
- 2 keping dada ayam
- 1 biji telur (ambil bahagian putih telur)
- Tepung jagung
- 1 sudu besar sos tiram
- 1/2 sudu besar cuka
- 2 sudu besar kicap
- Serbuk lada hitam
- Lada benggala hijau dan merah (dihiris)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Lobak merah (dihiris)
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
Cara memasak:
1. Potong dada ayam kepada bentuk kiub bersaiz gigitan.
2. Gaulkan ayam dengan garam, putih telur dan tepung jagung. Perap selama 15 hingga 20 minit sebelum menggoreng.
3. Selepas diperap, goreng ayam sehingga keperangan. Toskan ayam dan ketepikan.
4. Seterusnya, tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dihiris sehingga naik bau.
5. Selepas itu, masukkan lada benggala dan lobak merah ke dalam tumisan.
6. Masukkan juga sedikit air dan kacau semuanya sehingga sebati.
7. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap, gula, garam, serbuk perasa dan lada hitam. Kacau rata.
8. Akhir sekali, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
9. Kemudian masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati.
10. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Linda Mohd Isa
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!