Mari kita buat Nugget Ayam Ala KFC yang lebih sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Pasti mereka gembira bila kita buat dalam kuantiti yang banyak.
Baca juga: Nugget Ayam Tempura Homemade, Anak-anak Mesti Berhantu Nak Makan!
Cara penyediaan juga senang. Memang setanding rasanya macam beli di KFC. Kini, bolehlah hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Mazliana Mazlan dari laman Facebook ini. Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.
RESIPI NUGGET AYAM ALA KFC
Banyak kali dah saya repeat resepi ni. Mudah, sedap, dan sangat mirip rasa nugget KFC. Bila buat sendiri, kita boleh pilih bahan apa nak letak. Lebih sihat untuk anak-anak, insyaAllah.
Korang kena cuba tau. Anak-anak saya suka, siap mintak nak bawak pergi sekolah. Saya buat kalini, 3 adunan terus. Resepi bawah ni, untuk 1 adunan.
Bahan-bahan:
- 200 gram isi ayam
- 1 ulas bawang putih
- 2 keping roti
- 60 gram cream cheese
- 60 gram susu
- 1/2 sk garam
- Telur dan serbuk roti untuk salut nugget
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar bawang putih 5 saat.
2. Kemudian, masukkan garam dan ayam, kisar 5 saat jugak. Power kan, kisar ayam 5 saat je guna Thermomix. Lagi laju.
3. Masuk roti, cheese dan susu, kisar 10 saat.
4. Siap adunan nugget, kemudian boleh bentukkan. Selepas bentukkan, salut dengan telur dan serbuk roti atau cornflakes.
5. Selepas itu, boleh goreng separuh masak untuk disejukbeku. Siap stok nugget ayam ala KFC kita.
Kalau yang belum ada Thermomix, anda boleh kisar menggunakan food processor. Selamat mencuba resipi Nugget Ayam homemade yang sihat ini.
Baca juga: Sosej Tongmo Versi Halal, Sekali Rasa Mesti Nak Lagi!