Rupa-rupanya ada tip simpan bunga kantan cara betul supaya ia sentiasa segar dan tahan lama. Tak perlu selalu nak beli yang baru setiap kali hendak menggunakan bahan ini.
Ramai yang tahu bahawa bunga kantan banyak digunakan dalam masakan seperti Gulai Tempoyak, Asam Pedas, Kerabu dan lain-lain. Tanpa bunga kantan ia tidak lengkap kerana rasa & aromanya memecah selera masakan.
Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya
Bunga kantan yang segar juga amat sukar temui di pasaraya besar & harganya agak mahal serta boleh mencecah RM3 sekuntum.
Menurut perkongsian dari Cik Puan Haidilah Daud ini, beliau berkongsi tips cara simpan bunga kantan agar bertahan lama & kekal segar.
TIP SIMPAN BUNGA KANTAN DENGAN BETUL
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bunga kantan
- Bekas plastik / tupperware
Cara-cara penyimpanan yang betul:
1. Basuh bunga kantan sehinggan bersih terlebih dahulu.
2. Kemudian, kopakkan kelopak bunganya. Jangan dihiris dengan pisau kerana warnanya nanti akan menjadi hitam. Leraikan kelopak hingga habis.
3. Selepas itu, isikan di dalam bekas dan simpan di peti sejuk beku. Dengan cara ini, bunga kantan memang akan tahan lebih lama tanpa berubah warna dan rasa.
Mudahkan? Sekiranya anda ingin menggunakan, anda boleh keluarkan dari bekas plastik & terus masukkan ke dalam masakan. Diharap dengan tips ini, dapat membantu anda memasak dengan mudah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tip Simpan Daun Kari Dalam Botol, Tahan Lama Walaupun Dikeringkan