donut peach

Baru-baru ini, viral di laman sosial berkenaan buah ‘donut peach’. Buah ini juga dikenali dengan nama ‘flat peach’. 

Bentuknya lebih leper dan lebih gemuk berbanding buah pic biasa. Sekali pandang, rupa buah ini sama seperti donut.

Kulitnya pula berwarna merah dan kuning. Bahagian dalam buah biasanya berwarna putih, tetapi ada juga yang berwarna kuning.

Sebelum membeli, jom baca tips dan petua memilih pic donut yang sudah masak dan manis elok. Baru tak membazir kerana harganya boleh tahan mahal juga.

Baca juga: 11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

TIPS PILIH DONUT PEACH YANG MANIS & JUICY

1. Warna

Untuk mengetahui sama ada pic donut sudah masak atau tidak, lihat pada warnanya. Pic donut yang masak mempunyai warna kuning dengan sedikit merah.

Lebih baik memilih buah yang berwarna terang kerana ia adalah yang paling manis.

Bahagian dalam pula biasanya berwarna putih. Namun begitu, ada juga yang berwarna kuning. Bergantung pada jenisnya.

2. Tekstur

Pic donut yang masak juga sedikit lembut dan licin apabila disentuh. Jika terlalu pejal, ia menandakan belum masak. Jika terlalu lembut, ia mungkin terlebih masak dan mungkin sudah lebam.

3. Bau

Selain itu, pic donut yang sudah ranum juga mempunyai aroma yang manis dan masam seperti gabungan dari buah pic, madu dan karamel. Baunya juga seakan-akan kombinasi bunga ros dan melur.

4. Rasa

Buah pic donut lebih manis, lebih berjus berbanding peach biasa. Buah ini juga ada sedikit rasa badam.

Khasiat donut peach:

  • Padat dengan vitamin A, C, potassium dan fiber
  • Elak risiko kanser payudara, kolorektal
  • Mencantikkan kulit
  • Kurang rambut gugur
  • Seimbangkan tekanan darah
  • Kempiskan perut
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Melegakan sembelit
  • Cegah kontraksi pramatang

Sumber: Shuncy

Baca juga: Jangan Ambil Mudah, Ini Dia 12 Sayur & Buah Yang Bahaya Untuk Ekzema

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN