resepi udang galah

Jika ada udang galah yang segar, boleh cuba resepi udang galah masak cili yang sangat sedap dan membuka selera ini.

Untuk memastikan kesedapannya terjamin, pastikan guna daun kari yang segar. Daun kari mempunyai aroma yang sungguh harum, sekaligus menjadikan menu ini nampak lebih menyelerakan.

Kalau ada yang nak cuba, anda boleh ikuti resipi perkongsian oleh Saudari Nurul Shima di bawah. Dijamin anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Baca juga: Cara Siang Udang Lipan, Baru Puas Makan Dapat Isi Seketul-seketul

RESEPI UDANG GALAH MASAK CILI

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar bawang kisar
  • Setangkai daun kari
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil garam halus
  • Sebiji telur

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis 2 sudu besar bawang kisar dan setangkai daun kari sampai naik bau wangi. 

2. Masukkan 4 sudu besar cili kering kisar dan 1 sudu besar gula putih. Biarkan cili tu sehingga betul-betul masak betul, guna api sederhana.

3. Masukkan 1 sudu besar sos cili dan 1/2 sudu besar sos tiram. Gaul rata.

4. Kemudian bolehl masukkan 3 sudu kecil garam halus.

5. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk lain dan tuangkan ke dalam kuah tadi. Gaul supaya telur hancur dalam kuah.

6. Bila kuah dah nampak agak pekat, masukkan udang galah tadi dan gaul rata. Biarkan ia mereneh. Udang akan keluarkan air sendiri, jadi tak perlu tambah air lagi.

resepi udang galah

7. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi udang galah

Kredit resipi dan gambar: Twitter @NurulShima_3

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN