Marshmallow sedap dimakan dengan pelbagai cara sama ada dengan coklat, dibakar ataupun dijadikan topping hidangan yang lain. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga ramai yang sukakan kudapan manis, lembut dan kenyal ini.
Baca juga: Takoyaki Versi Melayu Tanpa Acuan, Sekali Dengan Resipi Sos
Bagi anda yang gemarkan makanan yang dimasak sendiri, resipi ini mungkin berguna untuk anda hasilkan snek ini di rumah. Memang menjadi hanya guna 5 bahan je.
Tanpa membuang masa, mari kita belajar cara membuat marshmallow homemade menggunakan resipi dari Cik Puan Mazliana Mazlan.
RESIPI MARSHMALLOW HOMEMADE
Marshmallow paling tak sangka boleh buat sendiri. Takut betul nak try tau. Takut tak menjadi sebenarnya, dan takut memberi harapan palsu pada anak-anakku.
Tapi buat jugaklah. Belum cuba belum tahu dan tak sangkanya menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun terkejut ummi pandai buat marshmallow sendiri.
Bahan-bahan:
- Raw cane sugar
- Air
- Gelatin halal
- Vanila extract
- Tepung jagung
Cara penyediaan:
1. Mula-mula kisar tepung jagung dan gula 10 saat. Lalu ketepikan sebentar untuk salutan yang terakhir nanti.
2. Kemudian masukkan gula, kisar pulak 5 saat je. Pastikan sehingga halus mulus tau hasil kisaran kalau tak halus tambah masa lagi. Tapi jangan terlalu lama.
3. Selepas itu, tambah air, dan masak jap 15 minit. Tinggal je.
4. Kemudian masukkan gelatin dan vanilla extract, dan masak lagi 2 minit. Pun tinggal je
5. Akhir sekali, kentalkan adunan marshmallow selama 7 minit.
6. Dah siap semua ni, masukkan dalam chiller, tunggu keras sikit. Siap sedia untuk dipotong dan bedakkan dengan gula dan tepung jagung yang telah dikisar tadi. Siap.
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Resipi Bancuhan Waffle Rangup Dan Tak Lembik Macam Kedai