Jom buat sendiri bancuhan tepung untuk buat idli dan tosai. Memang sedap dimakan bersama kuah kari, chutney atau kacang dhal.
Kalau anda suka makan idli dan tosei, dan nak cuba buat sendiri kan. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Visalakshi Suparamaiam ini. Serius senang je walaupun kita tak ada acuan idli.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis
Sesekali nak rasa air tangan sendiri ini bolehlah cuba. Boleh simpan dahulu dan jadikan bahan rujukan jika nak buat nanti.
Jom kita lihat cara-caranya.
RESIPI BANCUHAN TEPUNG UNTUK IDLI DAN TOSAI
Bahan bancuhan:
- 1 cawan beras – beras biasa
- 1/2 cawan kacang ulunthu
- 1 sudu makan halba
- 1/2 genggam nasi
Cara membuat:
1. Rendam campuran ni dengan air biasa selama kurang-kurang 6 jam. Selepas direndam 6 jam, blend campuran ini.
2. Kemudiannya, masukkan bancuhan dah blend dalam satu periuk yang besar. Pastikan bancuhan itu isinya separuh periuk sebab bila batter ini “ferment” , ia akan kembang dan melimpah ke atas.
3. Bancuhan ini pun ada mood juga. Bila cuaca sejuk sangat, batter ferment lambat. Tapi cuaca Malaysia sejuk nyaman. So, kebanyakan masa akan menjadi.
4. Sebelum guna untuk buat tosei atau idli, campur sedikit garam. Batter untuk tosei kena cair sikit berbanding batter untuk idli.
Cara Buat Chutney Kelapa:
1. Sangai dulu kelapa parut dengan api kecil hingga naik harum.
2. Kemudiannya dalam kuali, tumis cili hijau dan bawang merah dan sedikit halia. Masukkan kelapa yang dah disangai . Kacau rata dan tutup api. Bagi campuran ini sejuk sikit dan kemudiannya kisar halus.
3. Ambil kuali, tumis sedikit biji sawi, daun kari dan cili kering. Guna api kecil agar daun kari dan cili kering tak jadi hangit. Bila dah naik harum, masukkan campuran yang dah kisar dan kacau hingga sebati. Tambah garam secukup rasa. Siap.
Cara buat Chutney Tomato:
1. Tumis bawang merah, cili kering atau cili merah, bawang putih dan tomato.
2. Bila tomato dah jadi lembut, tutup api. Bagi sejuk sikit, blend campuran ni.
3. Ambil kuali, tumis biji sawi dan daun kari. Bila naik harum, masukkan bahan yangg dah blend tu.
4. Tambah garam secukup rasa. Siap.
5. Masa tumis tomato, boleh juga masukkan sedikit daun ketumbar. Sedap rasa dan wangi.
Selamat mencuba resipi ini
Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!