Siapa sangka, ikan tempatan di Malaysia pun kaya dengan Omega-3. Ikan tempatan yang terdiri daripada ikan laut dan ikan sungai adalah antara ikan yang kaya dengan Omega-3. Ikan-ikan ini juga mudah untuk didapati di mana-mana pasar atau pasaraya.
Bila bercakap tentang Omega-3, kebanyakan orang akan segera memikirkan salmon, kan?
Baca juga: Kenali 17 Jenis Ikan Yang Selalu Kita Jumpa Di Pasar, Baru Nampak ‘Pro’!
Menurut Nutritionistkkm, Omega-3 juga dalam kumpulan asid lemak tak tepu, memberikan beberapa manfaat untuk kesihatan mental, visual dan fizikal, termasuk kesihatan jantung.
Ini beberapa ikan yang didapati mempunyai kandungan omega-3 yang agak tinggi.
6 JENIS IKAN TEMPATAN YANG KAYA DENGAN OMEGA-3
Ikan Kembung
Ikan Cencaru
Ikan Patin
Ikan Tongkol
Ikan Keli
Ikan Siakap
Banyak Khasiat Omega-3 Ini
Asid lemak Omega-3 atau Omega-3 adalah kategori lemak yang mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan badan dan otak.
Terdapat 3 jenis utama asid lemak Omega-3 iaitu alpha-linolenic acid (ALA), eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). ALA biasanya dijumpai dalam minyak tumbuhan manakala EPA dan DHA boleh dijumpai dalam makanan laut dan ikan.
Antara khasiat Omega-3 ialah:
- Menurunkan tekanan darah
- Menurunkan paras trigliserida
- Mengurangkan risiko strok dan kegagalan jantung
- Baik untuk perkembangan otak bayi
- Baik untuk kesihatan mata
- Mencegah kanser
- Baik untuk kulit
- Mengurangkan risiko gangguan mental
- Meningkatkan kualiti tidur
Sebenarnya negara kita juga kaya dengan sumber ikan berlemak. Mungkin sebelum ini kita tidak menyedari bahawa ikan air masin dan ikan air tawar di negara ini turut mengandungi asid lemak Omega-3 setanding dengan negara luar.
Secara tidak langsung, kita dapat menjimatkan kos untuk mendapatkan akses kepada ikan berlemak dan mendapatkan bekalan Omega-3 melalui diet yang sihat.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini