sayur pedas timun

Sayur Pedas Timun merupakan lauk ‘orang kampung’ yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Walaupun ringkas sebegini, tetapi rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali.

Cuma padankan dengan lauk sampingan yang lain seperti ikan goreng atau ikan masin goreng, sudah cukup untuk membangkitkan selera.

Baca juga: Kerabu Pucuk Paku Kampung, Ratah Macam Itu Je Dah Sedap!

Berkongsi resipi arwah ibu, Cik Puan Tengku Azwa menyatakan hidangan ini juga sangat enak dimakan bersama sambal belacan.

Malah ia juga boleh dinikmati oleh ibu-ibu berpantang denagn memasaknya bersama lobak putih.


RESIPI SAYUR PEDAS TIMUN

bahan sayur pedas timun

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun
  • 3 ulas bawang putih – beli online disini
  • 5 ulas bawang merah – beli online disini
  • 1/2 sudu makan lada hitam – beli online disini
  • 1 ekor isi ikan rebus – tumbuk
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.

2. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan timun dan juga isi ikan rebus yang telah ditumbuk.

3. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Jika mahu tumis bawang dan lada hitam terlebih dahulu pun boleh. Isi ikan tidak perlu ditumis. (empunya resipi tidak tumis. Terus masukkan air sahaja)

4. Masak sehingga timun lembut. Kemudian perasakan denagn garam serta perasa dengan secukupnya. Gula tidak perlu kerana timun sudah mempunyai rasa manis.

5. Bila sudah cukup rasa dan timun lembut, angkat dan sedia untuk dinikmati.

sayur pedas timun

Tip Tambahan: 

  • Jika tiada ikan rebus, boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap jika guna isi ikan rebus. Boleh juga tambahkan daun kesum jika suka.

Selamat mencuba resipi ini di rumah.

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN