“Oh begini cara kurangkan ‘masin’ ikan masin yang keterlaluan. Barulah lagi sedap dimakan…”
Ikan masin merupakan lauk yang pembuka selera. Tapi jika terlalu masin, tidak elok untuk kesihatan.
Bagi mengatasi masalah ikan masin yang terlampau ‘masin’, berikut merupakan petua mudah yang boleh membantu mengurangkan rasa masin yang melampau.
Anda juga boleh menikmati ikan masin dengan lebih sihat dan sedap. Jom cuba satu dari lima tip di bawah.
Baca juga: Petua Goreng Ikan Masin Supaya Tak Hancur, Rangup & Elok Sempurna
CARA KURANGKAN ‘MASIN’ IKAN MASIN
1. Rendam air garam
Rendam ikan masin dalam dua liter air yang ditambah dengan satu sudu garam. Biarkan selama lima hingga 10 minit.
Cara ini akan menjadikan rasa masin akan berkurangan dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir dalam air masin.
Jika masih lagi masin, boleh ulang sekali lagi proses rendaman. Selepas direndam toskan.
2. Rendam air biasa
Rendam ikan masin dengan air biasa selama 12 hingga 24 jam, dengan cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air.
Syaratnya, anda perlu menukar air rendaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali sepanjang proses rendaman.
Lecehnya cara ini ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Oleh itu sebelum disimpan atau dimasak, toskan airnya.
3. Rendam air panas
Cara ini juga mudah dan cepat untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, namun tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut.
Jadi jangan rendam lebih daripada 10 minit ya! Tos sehingga ia betul-betul kering sebelum disimpan atau terus dimasak.
4. Surat khabar
Bungkus ikan masin dengan surat khabar kemudian rendamkan di dalam air selama lima minit.
5. Air beras
Rendam ikan kering itu dalam air beras, kemudian basuh dengan air biasa sebelum dimasak.
Teknik ini juga dipercayai dapat mengurangkan masin pada ikan masin yang ‘keterlaluan’.
Melalui 5 cara ini bukan sahaja anda dapat menikmati ikan masin dengan kadar garam yang rendah, malah dapat mengelakkan rasa masin melampau!
Kredit: Rasa, Xtra
Baca juga: Hati-hati, Jangan Panaskan 9 Makanan Ini Dalam Microwave!