petua simpan lengkuas

Ini petua simpan lengkuas yang ramai tak tahu. Jika disimpan menggunakan cara ini, lengkuas akan menjadi tahan lama sehingga berbulan lamanya.

Untuk pengetahuan anda, lengkuas merupakan salah satu bahan dapur yang sering digunakan dalam masakan. 

Selalunya kita guna sedikit saja, bakinya akan simpan dalam peti ais. Tapi jika salah cara menyimpanannya, lengkuas akan jadi lembik, hitam dan busuk.

Jom baca petua yang dikongsi oleh Faizah Husain di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

PETUA SIMPAN LENGKUAS SUPAYA TAHAN LAMA

Cara-caranya:

1. Basuh kesan-kesan tanah dulu, buang kulit, hiris sampai habis dan basuh sekali lagi.

2. Susun hirisan lengkuas dalam bekas leper. Jangan bertindih atau sentuh satu sama lain. Simpan dalam peti beku hingga lengkuas keras macam air batu.

3. Keluarkan dari peti beku terus je masukkan dalam bekas atau plastik ziplock.

Masukkan cepat-cepat sebelum lengkuas berair. Tujuan bekukan supaya bila kita nak ambil untuk masak lengkuas tak melekat satu sama lain. Tak perlu nak defrost semua padahal nak guna 3/4 keping.

4. Simpan semula dalam peti beku. Tahan selamanya jika anda tak gunakan untuk memasak. Tahan lama dan lebih mudah cara ni berbanding rendam dalam air dan kena tukar air selalu.

Video 1

Proses membekukan lengkuas dan proses nak simpan dalam bekas.

Video 2

Lengkuas yang dah lama simpan dalam peti sejuk beku. Nak guna ambil je. Tak perlu defrost semua sebab dia tak melekat.

Kredit petua: Faizah Husain

Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN