Resipi Scones Anti Gagal Guna Air Fryer, Sedap Macam Kat Cameron Highlands.
Scones sangat digemari di negara beriklim sejuk dan negara Eropah. Mula mendapat populariti di Malaysia ketika ia menjadi terkenal di Cameron Highlands, teksturnya yang unik menjadinya hidangan yang enak untuk dinikmati.
Baca juga: Kek Teh Macam di Cameron Highlands, Memang Sedap Dan Wangi!
Bagi anda yang tak mampu untuk ke Cameron Highlands untuk mencuba ini, cubalah resipi scones anti gagal ini yang telah dikongsikan oleh Cik Puan Eniza M. Salim di laman Facebook. Resipi ini mudah diikuti dan sesiapa sahaja boleh menyediakannya.
RESIPI SCONES AIR FRYER
Bahan-bahan:
- 250g self raising flour
- 70g butter sejuk
- 1 sudu besar gula
- Secubit garam (kalau dah pakai butter yg salted tak payah letak garam)
- Sedikit susu sejuk (lebih kurang setengah cawan)
- Kismis atau dried cranberries ikut citarasa sendiri
Cara membuatnya:
1. Campurkan self raising flour ,gula, garam dan butter yang sejuk dan gaulkan dengan tangan sehingga sebati.
2. Masukkan susu sejuk sikit demi sedikit sambil mengaul dengan tangan.
3. Sukatan susu mengikut dough tersebut. Sekiranya dah melekat , maka cukup susu.
4. Gaulkan kismis dengan doh tersebut dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Leperkan dough tersebut mengikut ketebalan 1.5 inci dan megunakan cutter biskut bulat untuk mendapatkan bulatan yang cantik.
6. Letakkan dalam air fryer selama 5 ke 10 minit dengan suhu 200 mengikut air fryer masing-masing. Siap!
Nota tambahan:
- Saya buat suhu 180/10 min
- Tepung saya guna 2 cawan je
- Susu 1/2 cawan
- Saya guna kismis kotak kecil
Selamat mencuba!
Baca juga: Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal