air buah naga laici

Jom buat Air Buah Naga Laici untuk juadah air berbuka hari ini. Memang sedap dan sekejap je dah licin nanti. Boleh dapat sejukkan badan juga.

Kalau memang rasa nak minum jus buah naga, memang selalu pilih untuk buat sendiri je. Lebih sedap dan terjamin bahan-bahannya. Hiks! Confirm licin yang penting.

Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini

Selain sedap dibuat air, banyak lagi kelebihan dan khasiat buah naga untuk kesihatan dan kecantikan yang pastinya ramai tak tahu.

Ia kaya dengan nutrisi, penuh serat, mempunyai sumber kalium yang tinggi, rendah kolestrol, kaya dengan antioksidan dan Vitamin C.

Dicampur pula dengan buah laici bersama airnya, memang banyak khasiat dengan kombinasi dua buah ini. Tak perlu dah masukkan gula. Tetap manis dengan rasa kedua-dua buah ini.

Resipi air ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Siti Aminah Khalid menerusi laman Facebook. Gambarnya pula dari Aymaa Mushrie. Memang sedap bancuh jus ini masa tengah musim panas. Sejuk tekak dan badan. Jom kita lihat cara-caranya.


RESIPI AIR BUAH NAGA LAICI

bahan air buah naga laici

Bahan-bahan:

  • 2 biji buah naga
  • 1 tin Laici (air sahaja) Buah laici untuk dihidang.
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

1. Ambil 2 biji buah naga yang dah dibuang kulitnya dan masukkan ke dalam mixing bowl.

2.Tuang air laici tin ke dalam mixing bowl dan kisar 15 saat | speed 8. / Jika guna blender biasa boleh kisar sehingga halus.

3.Dalam gelas, masukkan kiub ais dan laici.

4. Tuangkan minuman yang sudah di kisar tadi.

Tips tambahan: 

1. Guna buah naga isi merah.

2. Kalau suka manis boleh tambahkan gula 20-30g semasa kisar dalam mixing bowl.

3. Hidang air 5-10 minit sebelum berbuka.

air buah naga laici


Wow! Mudah sangat nak hasilkan air buah naga laici yang sedap, segar, dan manis macam ni kan. Bahan-bahan pun mudah je nak dapat semuanya. Paling simple nak buat dan rasa yang marvellous.

Diharapkan perkongsian nak buat air buah naga laici ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Save dulu mana tahu kot-kot nak buat untuk buka puasa atau hari raya nanti. Fuuh, jauh fikir kan?

Selamat mencuba!

Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN