mee kuah kelantan

Kadang-kadang muncul rasa jemu asyik makan nasi semasa bersahur. Jadi apa kata kita gantikan nasi dengan menu lain pula, contohnya seperti mee kuah Kelantan ini.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat ringkas tapi boleh membuatkan sesiapapun menjadi berselera walaupun masih di awal pagi.

Jom lihat resipi yang merupakan hasil perkongsian oleh Tuan Adriana Arissa di bawah. Boleh cuba masak nanti ya! Semoga bermanfaat.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Makaroni Goreng Simple, 2 Kali Anak Menambah!

Resepi Mee Kuah Kelantan

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mee – toskan
  • Ayam potong kecil (Boleh tambah lauk lain, lagi sedap guna daging)
  • Fishball
  • 7 ulas bawang putih – tumbuk jangan hancur sangat
  • 1 sudu kecik lada hitam – tumbuk
  • 1 ketul kiub daging atau ayam 
  • Sayur – kubis, sawi, carrot, tomato
  • Cili merah besar
  • Cili api kalau suka pedas
  • Telur
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit sos tiram
  • Kicap ikan/sotong
  • Beberapa biji telur

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dan lada hitam sehingga wangi dan keperangan.

2. Masukkan ayam atau lauk lain yang disukai. Tunggu sehingga air ayam keluar, kemudian baru boleh masukkan air. Biarkan mendidih.

3. Masukkan kiub ayam atau daging. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan sehingga separuh masak.

4. Kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan anda. 

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan kicap sotong secukup rasa.

5. Boleh masukkan terus mi ke dalam kuah atau celur mi dan asingkan kuah. 

6. Sedia untuk dihidangkan bersama cili jeruk dan serbuk lada sulah. Selamat mencuba!

mee kuah kelantan

Kredit resipi dan gambar: Tuan Adriana Arissa

Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN