sambal garing ikan masin

Jom masak Sambal Garing Ikan Masin Kurau untuk menu bersahur nanti. Tak sampai 10 minit dah siap masak!

Tak banyak guna bahan pun, memang ringkas dan sedap makan bersama ikan masin kurau ini. Nak lagi ‘kick’ boleh tambah petai jika ada lebih di dapur.

Baca juga: Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis, Lauk Penambah Selera Orang Dulu-Dulu

Yang utama, ikan masin haruslah digoreng garing terlebih dahulu sebelum dicampur bersama sambal, jadi dapatlah tekstur yang rangup, pedas, manis dan umami.

Resipi sambal goreng ikan masin kurau ini dikongsi oleh Cik Puan Norashikin Ismail di laman Facebook. Boleh ikut satu per satu cara-caranya di bawah.

Rasa tak sabar pula nak mencuba resipi ini. Cuba dulu baru tahu keenakannya kan.


RESIPI SAMBAL GARING IKAN MASIN KURAU

sambal garing ikan masin kurau

Bahan-bahan:

  • Ikan masin kurau – potong dadu
  • Tempe – potong dadu
  • Petai
  • 3 biji cili besar – kisar kasar
  • 10 biji cili padi merah – kisar kasar
  • 10 biji cili padi hijau – kisar kasar
  • 2 biji bawang merah – kisar kasar
  • 2 ulas bawang putih – kisar kasar
  • Garam, gula secukupnya
  • 1 asam keping
Cara-cara memasak: 
1. Goreng ikan masin kurau yang sudah dipotong dadu sehingga garing. Tos dan ketepikan.
2. Goreng pula tempe yang sudah dipotong dadu. Tos dan ketepikan.
3. Tumis pula bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan gula dan tumis lagi sehingga bertukar warna. Masukkan asam keping.
5. Masuk bahan-bahan yang siap digoreng tadi, dan gaul sebati.
6. Biarkan ia agak kering, kemudian boleh masukkan petai. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Siap untuk dihidang!

Mudah dan ringkas! Dah boleh makan dengan nasi panas-panas untuk menu bersahur kita ini. Orang bujang pun boleh memasak tau. Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN