ikan siakap rebus thai

Aneka resipi ikan siakap yang kita boleh cuba. Salah satunya adalah resipi ikan siakap rebus Thai.

Hidangan ini lengkap dengan rasa pedas, masam, masin dan manis. Memang cukup rasa.

Cara memasak menu ini juga cukup mudah. Malah ada 2 cara yang boleh dipilih mengikut selera anda.

Pertama, anda boleh kukus atau rebus ikan bersama bahan-bahan kuah atau boleh masak ikan secara berasingan dengan kuahnya.

Resipi Ikan Siakap Rebus Thai

BAHAN-BAHAN (kuantiti boleh ubah ikut cita rasa):

  • 2 ekor ikan siakap – dibersihkan
  • 8 ulas bawang putih – kisar kasar
  • 10-15 biji cili merah dan hijau – kisar kasar
  • 6-8 biji tomato ceri
  • 2-3 biji limau nipis – ikut masam yang disukai
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • Kicap cair n
  • Mushroom sauce
  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Serbuk limau nipis
  • Garam secukup rasan
  • Gula kabung thai
  • Gula secukupnya
  • Mushroom seasoning

CARA MEMASAK:

1. Rebus ikan bersama kicap cair. Masukkan juga akar ketumbar. Boleh juga guna teknik kukus, ikan ini akan lebih enak.

ikan siakap rebus thai

2. Bila ikan sudah masak, toskan tetapi jangan buang air rebusan ya. Angkat dengan berhati-hati supaya isi ikan tidak terlerai. Letak dalam pinggan hidangan.

3. Ambil air rebusan ikan tadi dan campurkan dengan cili merah, cili hijau dan bawang putih yang dikisar kasar.

PERINGATAN: Buang biji cili supaya tidak memudaratkan kesihatan.

4. Masukkan sos ikan thai. Boleh sesuaikan jumlahnya ikut cita rasa.

5. Kemudian masukkan sos cendawan. Sos cendawan ni sangat wangi. Biasanya orang Thailand akan guna ketika pesta makan sayur.

6. Masukkan air asam jawa.

7. Masukkan kesemua bahan-bahan perasa. Jika mahu rasa lebih sedap, boleh lebihkan bahan-bahan ikut selera masing-masing.

8. Tambahkan tomato ceri, daun ketumbar dan jus limau nipis ikut tahap kemasaman yang anda suka.

9. Kuah Thai Pedas siap disediakan. Tuang kuah ke atas ikan.

ikan siakap rebus thai

10. Ikan Siakap Rebus Thai sedia untuk dinikmati.

ikan siakap rebus thai

Kredit: Zat Hernani

Baca juga: Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Sedap Macam Restoran Thai T20

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN