kuih sagu merah

Siapa suka kuih sagu merah? Biasanya kita rebus dulu sagu, kemudian baru dikukus. Jika ikut resipi ini, tak perlu susah-susah nak masak sagu, terus kukus saja! Mudah kan?

Jangan risau, hasilnya tetap sama walaupun berbeza cara. Sagu tetap menjadi merah jernih, tak nampak langsung ‘putih’ sagu itu.

Jom kita cuba buat menggunakan resipi yang telah dikongsi oleh Puan Zuhara di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Badak Berendam, Kuih Legend Orang Pantai Timur Yang Lemak Manis!

Resipi Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan:

  • Sagu setengah cawan
  • Gula 5 sudu
  • Kelapa parut
  • Garam
  • Pewarna ros

Cara-cara:

1. Gaulkan kelapa parut dengan garam. Kemudian kukus sekejap, letakkan dalam pinggan dan ketepikan seketika. (Jika ikut cara ini, kelapa parut akan lebih tahan lama dan lambat basi)

2. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros selama 1 jam setengah.

3. Bila siap rendam, toskan dan letak dalam satu bekas. Tambahkan gula dan kacau. Jika suka manis, lebihkan gula.

4. Sudukan ke dalam acuan dan kukuskan selama 25 hingga 30 minit.

kuih sagu merah

5. Selepas siap kukus, gaulkan dalam kelapa tadi.

6. Satu adunan ini boleh dapat dalam 13 biji kuih. Selamat mencuba!

kuih sagu merah

Kredit resipi: Zuhara JN

Baca juga: Agar-agar Kelapa, Sedapnya Kalau Makan Sejuk-Sejuk, Jom Cuba Buat Hari Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN