pes kurma

Jika anda seorang yang tidak suka bersahur dengan makanan berat, boleh cuba buat pes kurma homemade ini atau boleh dijadikan minuman tambahan ketika bersahur.

Bila hendak diminum, campurkan pes bersama susu dan boleh terus diminum. Cara penyediaannya nampak mudah tapi minuman ini boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sehingga waktu berbuka.

Kemanisan pes ini bergantung pada jenis kurma yang dipilih. Jika kurma tersebut manis, maka manislah minuman anda nanti. Jom cuba menggunakan resipi hasil perkongsian dari Azie Surip di bawah.

Baca juga: Cara Buat Air Nabeez, Minuman Kegemaran Rasulullah Yang Banyak Khasiatnya

RESIPI PES KURMA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kurma
  • Air

Cara-cara:

1. Pilih kurma kegemaran anda. Rendam di dalam air bersuhu bilik atau boleh menggunakan air panas supaya cepat lembut.

2. Bila kurma dah lembut, buang biji di dalamnya.

3. Kisar kurma yang sudah dibuang biji tadi dengan air secukupnya sehingga menjadi seperti dalam gambar di bawah.

4. Bila hendak diminum, ambil 1/2 sudu besar pes dan gaulkan ke dalam 1 gelas susu. Boleh guna susu pilihan anda seperti fresh milk, low fat milk, full cream milk, almond milk dan sebagainya.

5. Selamat mencuba!

Kredit: Azie Surip

Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN