Asyik masak tomyam merah bosan juga, apa kata jom cuba resepi tomyam putih versi Thai ini pula. Sedap sangat kalau makan dalam mangkuk campur dengan nasi. Semangkuk confirm tak cukup kalau macam ni.
Jom lihat resipi langkah demi langkah yang telah dikongsikan oleh Eqienura Mokhtar di laman sosial Facebook. Sangat mudah dan menyelerakan. Selamat mencuba!
RESEPI TOMYAM PUTIH ASLI THAI
Bahan tumbuk:
- Cili padi 5-10 biji (ikut tahap kepedasan disukai)
- Bawang putih 2 ulas
- Tomato cherry 4 biji (tomato besar lebih baik)
Bahan titik:
- Serai 2-3 batang
- Lengkuas 1 inci
- Halia 1cm
- Cili padi 5 biji
- Bawang putih 3 ulas
Bahan lain:
- Udang
- Sotong
- Bawang holand 1/2 biji
- Oyster mushroom
- Cauliflower
- Daun limau purut
- Daun ketumbar (optional)
- Air perahan limau nipis 2 biji
- Sos ikan
- Garam
- Gula (optional)
Cara memasak:
1. Sediakan air dalam periuk. Masukkan cili padi, tomato dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan kesemua bahan sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, terus masukkan bawang putih, cili padi, halia, lengkuas dan serai yang sudah dititik. Guna api perlahan saja.
3. Masukkan juga bawang holland yang sudah dihiris. Guna separuh saja.
4. Biarkan sekejap sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan sayur-sayuran kesukaan anda. Jangan lupa letakkan tomato kerana ia penting dalam menambahkan rasa masam tomyam. Biarkan sampai mendidih.
5. Apabila sudah mendidih baru campakkan daun limau purut. Kalau masuk awal nanti kuah akan rasa pahit dan aroma hilang.
6. Letakkan satu senduk sos ikan. Masakan Thai kalau tak letak sos ikan ini memang tak sah. Kemudian perasakan juga dengan garam secukupnya.
7. Seterusnya masukkan udang yang sudah dibuang kepala. Kalau nak letak udang besar/ galah/ harimau tak perlu buang kepala dan jangan campur makanan laut yang lain. Itu rahsia dia baru tomyam akan jadi manis.
8. Akhir sekali masukkan sotong yang sudah dicelur sekejap dengan air panas. Sotong tidak dimasukkan awal kerana nanti akan terlebih masak dan menjadi liat.
9. Sebelum tutup api, masukkan satu senduk santan atau susu cair. Tunggu sehingga kuah mendidih, tutup api dan perahkan jus limau nipis.
10. Sebelum dihidang, letakkan sedikit daun ketumbar. Jangan letak banyak, nanti kuah rasa pahit.
Selamat mencuba!
Kredit: Eqienura Mokhtar