air sarsi

Pasti ramai yang tak sangka rupanya ini cara penghasilan air sarsi. Air ini diperbuat daripada teras akar sarsi. Sebab itu mat salleh memanggil air ini sebagai ‘rootbeer’.

Jika ada yang berminat nak cuba buat sendiri di rumah, ikut saja perkongsian dari Nour Hafizatunisa di bawah ini.

Air rootbeer homemade dijamin lebih sihat dan berkhasiat tanpa gas. Jika menggunakan teras akar sarsi yang bermutu tinggi, baunya akan lebih semerbak.

Cara Membuat Air Sarsi

Bahan-bahan:

  • Daun pandan
  • Teras akar sarsi
  • Gula melaka/kabung
  • Air

Cara-cara:

1. Masak air dan teras akar sarsi di dalam periuk menggunakan api perlahan kerana ianya lebih baik, supaya khasiat tidak hilang.

2. Biarkan sehingga mendidih. Selepas mendidih, biarkan dalam 10 hingga 15 minit lagi. Kemudian tutup api dan tapis air sarsi.

3. Kayu sarsi yang sudah digunakan boleh dibiarkan kering dan simpan. Boleh guna semula sehingga baunya hilang.

4. Masukkan semula air sarsi yang ditapis tadi ke dalam periuk bersama gula melaka dan daun pandan.

5. Masak sehingga gula larut dan air sedikit kering supaya kordial agak pekat. Tapi bergantung pada anda jika suka cair, tapi pastikan gula larut sepenuhnya.

6. Tutup api. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais.

Kredit: Nour Hafizatunisa & Pembekal kayu sarsi

Baca juga: Netizen Terpegun Lihat Pembungkusan Air Kelapa Ini, Lagi Terkejut Bila Tahu Harganya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN