Ada ‘Vietnam rice paper’ banyak kat rumah? Apa kat kata jom cuba buat dumpling guna rice paper yang mudah dan sedap.
Tak perlu susah-susah nak uli doh kulit dumpling yang macam kita biasa makan dekat kedai tu.
Mudah je caranya. Tinggal basahkan je rice paper tu, letak inti dan sedia untuk dikukus atau digoreng mengikut selera masing-masing.
Cara Buat Dumpling Guna Rice Paper
Bahan-bahan:
- Ayam/daging kisar
- Bawang holland/besar
- Bawang putih
- Daun sup & bawang
- Carrot
- Kubis
- Serbuk perasa maggi
- Garam secukup rasa
- Sos tiram
- Lada sulah
- Tepung jagung 1 sdb
- Rice paper
Cara-cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan kecuali rice paper. Gaulkan sebati.
2. Ambil 1 keping rice paper, potong dua. Basahkan, letak inti dan gulung/balut seperti biasa.
3. Lepas siap balut, boleh terus dikukus atau digoreng. Hati-hati bila pegang/angkat dumpling supaya tak melekat pada periuk pengukus tu. Basahkan sikit bahagian bawah dumpling.
4. Hasilnya selepas dikukus.
4. Hasilnya selepas digoreng.
Selamat mencuba!
Kredit: Shaa Zainol