Sambal hitam cukup sedap jika dimakan dengan nasi putih panas-panas. Tapi seperti yang anda tahu, nak membuatnya agak renyah kerana perlu direbus selama beberapa jam.
Rupanya ada cara mudah untuk memasaknya. Dalam masa 30 minit dah siap masak, tak perlu susah-susah nak rebus. Ianya lebih tahan lama dan semestinya rasa sangat sedap!
Jom cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Habib Izzah ini.
“Masak sambal hitam simple 30 minit tapi rasa dia marvellous. Mummy share resipi dekat setiap gambar. Sambal hitam ni makan dengan nasi panas memang marvellous. Mak mertua lalu sebelah pun tak perasan.”
RESIPI SAMBAL HITAM MUDAH TANPA REBUS LAMA
Bahan-bahan:
- Cili api
- Cili besar
- Belimbing
- Bawang besar
- Ikan bilis
**Sukatan agak-agak je.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak terlebih dahulu.
2. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang besar dan ikan bilis yang sudah dikisar kasar. Tumis sehingga agak kekeringan.
3. Kemudian kisar cili dan belimbing, campur air sedikit saja sebab air belimbing akan keluar sendiri. Jangan kisar terlalu halus.
4. Bila bawang dan ikan bilis dah hampir kering, masukkan cili dan belimbing kisar tadi.
5. Kacau rata.
6. Bila nampak sambal hampir kering, tambahkan perisa garam sedikit.
7. Dah siap! Buat macam ni mudah je. Kalau kita rebus dulu belimbing tu, biasanya kuali kita akan rosak.
Kredit: Habib Izzah