ayam rica-rica

Asyik masak ayam masak kicap atau ayam masak merah bosan juga kan? Kali ini jom cuba kelainan pula, resipi Ayam Rica-Rica dari Indonesia.

Jika suka masakan pedas, bolehlah cuba resipi ini. Cukup mudah disediakan dan sesuai dimakan dengan nasi panas.

Berikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Nurul Ateekah.

Ayam rica-rica adalah hidangan ayam panas dan pedas Indonesia. Ia terdiri dari ayam yang dimasak dengan cili padi merah dan cili padi hijau pedas. Asal hidangan ini adalah dari masakan Minahasan Sulawesi Utara. Bagi yang mengemari pedas, boleh cuba rasa masakan ini. Masakan ini sudah menjadi kegemaran saya.

Cara Masak Ayam Rica-Rica

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam (dipotong)@9 ketul paha ayam
  • 15 keping daun limau purut (Dibuang tangkai tengah)
  • 1 helai Daun pandan muda(dipotong)
  • 1 batang serai dikatok
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 biji bawang putih (dihiris)
  • Daun salam 2 helai
  • 100ml air
  • Garam (jika perlu)
  • 1 kiub ayam

Bahan-bahan kisar:

  • 2 buah keras
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm halia
  • 1 biji tomato
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • 15 batang cili padi
  • 3 batang cili merah

Cara memasak:

1. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Guna ½ cawan baki minyak goreng ayam tadi, tumis serai sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bawang putih dan bawang merah, masak sehingga layu dan seterusya masukkan bahan yang sudah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

4. Letakkan daun pandan, daun salam dan daun limau purut.

5. Kemudian, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi diikuti dengan kiub ayam dan air.

6. Masak sehingga kuahnya sedikit kering. Gaul rata.

ayam rica-rica

7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Ateekah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN