baby pancake

Bagi mereka yang suka mencuba makanan-makanan viral pasti tahu mengenai baby pancake ini.

Saiznya yang kecil dan comel juga menarik perhatian ramai. Beli satu bekas confirm tak cukup.

Apa kata jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi perkongsian Cik Dayang Zuhaila di bawah.

Buat sendiri boleh letak topping mengikt citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

CARA BUAT BABY PANCAKE VIRAL

Bahan-bahan:

  • 150g tepung gandum
  • 200g susu full cream
  • 35g butter
  • 35g gula kastor
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp vanilla powder
  • 1 biji telur

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar semuanya sehingga sebati dan tidak berketul.

2. Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake menjadi lebih halus.

3. Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.

4. Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.

5. Masak pancake mengikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Guna api perlahan.

baby pancake

6. Akhir sekali letak topping mengikut citarasa masing-masing.

baby pancake

Kredit: Cik Dayang Zulaikha

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN