nasi goreng ikan masin

Nasi goreng ikan masin ni kalau makan panas-panas sedap sangat. Tambah pula dengan keropok ataupun telur mata cair lagi bertambah sedap.

Jadi resipi yang dikongsi oleh _sitiamirahsabri ini boleh dijadikan panduan terutama untuk anda yang tidak berapa tahu resipi yang sedap.

Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Senang & Sedap

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk
  • Ikan masin (saya guna talang)
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Telur
  • Sayur kailan
  • Garam (jika perlu)

Cara memasak:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga sedikit kasar.nasi goreng ikan masin
  2. Kemudian goreng ikan masin sehingga masak.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, masuk bahan yang telah ditumbuk dan biarkan sehingga garing.
  4. Letakkan telur dan hancurkan mengikut citarasa anda.
  5. Masukkan pula nasi yang telah anda sejukkan.
  6. Perasakan dengan garam jika perlu.
  7. Masukkan sayur kailan.
  8. Kacau bagi sebati.
  9. Siap!

nasi goreng ikan masin

Baca juga:

Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN