sotong goreng tepung

Sotong goreng tepung telah menjadi kegemaran ramai terutamnya bila kita makan dekat kedai tomyam. Kalau tak betul bancuhan dia mesti tak jadi sotong tu.

Untuk yang nak dapat hasil rangup dan lembut, korang mesti ikut step yang dikongsi oleh Atirah Abdullah Shah Aimin ni. Lepas ni dah tak cari resipi lain setiap kali nak goreng sotong.

Resipi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Lembut

Bahan A:

  • Sekilo sotong segar
  • 1 biji telur gred A
  • Maggi cukup rasa (secukupnya)
  • Serbuk lada putih (1 sudu kecil)

Bersihkan sotong dan toskan (wajib) supaya sotong tidak terlalu mengandungi air. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.

Bahan B:

  • 2 senduk besar tepung serbaguna (bestari, adabi, kentucky)
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  1. Kacau rata bahan B
  2. Panaskan minyak di atas kuali (minyak mesti banyak)
  3. Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama Bahan B.
  4. Masukkan sotong ke dalam kuali yang dipanaskan tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
  5. Goreng sehingga berwarna ‘golden brown’.

Tips! Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepung terlalu awal sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

Ulang langkah menyalut sotong dengan tepung sehingga kesemua sotong siap digoreng. Selamat mencuba!

sotong goreng tepung

Baca juga:

Resipi Sotong Kung Pao, Ala-Ala Masakan Cina Yang Mudah & Lazat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN