gunung kinabalu

Sejarah tercipta buat peminat ayam goreng dan juga Borenos Fried Chicken apabila syarikat restoran yang popular di Sabah ini sedia menawarkan servis penghantaran ayam goreng terus ke puncak Gunung Kinabalu buat para pelanggan.

Difahamkan idea untuk menghantar ayam goreng ke puncak Gunung Kinabalu ini bermula apabila restoran mereka mulai disukai ramai yang sekaligus membolehkan mereka memperluas penawaran ayam goreng ke serata Sabah termasuk mereka yang mahukan hidangan yang enak di puncak Gunung Kinabalu.

Sebagai usaha untuk menjayakan servis penghantaran ayam goreng, mereka telah menggunakan maskot Borenos iaitu ayam untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Artikel berkaitan: ‘Cancel Order’ Lepas Dapat Pesanan Arak, Tindakan Rider Foodpanda Ini Dipuji Netizen

Meskipun diuji dengan cuaca hujan, pasukan Borenos masih berjaya mendakinya sekaligus merasmikan penghantaran ayam goreng pertama restoran tersebut di puncak Gunung Kinabalu.

Perkongsian pihak Borenos Fried Chicken di TikTok dalam memaparkan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu turut meraih perhatian peminat serta netizen.

@borenosfriedchicken

We’re planning to deliver to Mount Kinabalu! 🤩 Our team recently went up the iconic mountain to see if we could deliver our signature fried chicken there, and what a challenging journey that was! (A huge shoutout to @Jvy weterproof_AOLM for helping us carry our mascot! 🥳) We’re still in the planning stage for the delivery service, so keep an eye on our social media for announcements from us! . #borenos #mountkinabalu #fyp #sabahancrew_fams #sabah #friedchicken #greattasteanytime

♬ Made You Look – Meghan Trainor

Berdasarkan respon netizen, rata-ratanya mahukan Borenos Fried Chicken dibuka di sekitar Sabah. Tidak kurang juga yang berpendapat individu yang tular di TikTok sebagai malim Gunung Kinabalu diangkat sebagai duta Borenos Fried Chicken.

Untuk pengetahuan, restoran ini sudah beroperasi bermula tahun 2015 dan mempunyai beberapa cawangan sekitar Sabah. Sekiranya anda ke puncak Gunung Kinabalu kelak, mungkin ayam goreng daripada Borenos Fried Chicken antara yang boleh anda dapatkan.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN