simpan daun kesum

Daun kesum selalunya kita beli dalam jumlah yang banyak walaupun guna sedikit saja dalam masakan.

Selebihnya kita simpan dalam peti sejuk. Tapi kalau tak simpan dengan cara yang betul, daun kesum akan jadi kering dan akhirnya layu dalam beberapa hari.

Seorang pengguna Facebook, Effa Latifah Hashim ada berkongsikan kaedah menyimpan daun kesum supaya kekal segar sehingga 2 minggu.

Baca juga: Petua Simpan Dedaun Sayuran Supaya Tahan Lama & Tak Kering, Tak Perlu Rendam Air Pun

Tips Simpan Daun Kesum

Kalau buat macam ni tahan lama. Ni dah masuk 2 minggu lebih, masih segar bugar.

Caranya:

1. Sediakan bekas berpenutup, boleh guna bekas plastik minuman begini.

2. Letak air yang ditapis dalam separuh bekas, kemudian masukkan daun kesum bersama tangkainya.

3. Tutup penutup minuman dan simpan dalam peti sejuk bahagian rak biasa. Bila nak guna baru buka dan ambil.

Nota: Tukar air bila nampak keruh.

Sumber: Effa Latifah Hashim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN