soft candy

Kalau korang banyak habiskan masa di aplikasi TikTok, pasti ada ternampak individu yang menjual soft candy atau gula-gula gummy yang ada pelbagai perisa.

Gula-gula viral itu juga mendapat perhatian ramai dek kerana rupanya yang comel dan rasanya yang sedap.

Pun begitu, baru-baru ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan produk itu ada kandungan gelatin babi tetapi dalam masa yang sama di labelnya itu tertera logo halal.

Baca juga: Syarikat Nafi ‘Sotong Ring’ Diperbuat Dari Usus & Dubur B*b* Seperti Yang Didakwa

Perkara itu sememangnya menimbulkan kerisauan netizen, mana taknya makanan yang tengah viral kan?

Malah ramai juga netizen yang tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran dan lebih membimbangkan, gummy itu juga dijual secara terang-terangan di media sosial serta platform jual beli online.

Tidak diiktiraf – JAKIM

Dalam tinjauan laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebuah kenyataan berkenaan jajan viral itu telah dikeluarkan.

Difahamkan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal itu adalah salah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan perundangan.


Selain itu, pihak JAKIM juga memberitahu pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.


Apa-apa hal periksa dulu sebelum beli ya, jangan terus ngap je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN