Hampir setiap hari kita pasti akan membancuh teh menggunakan uncang. Satu uncang boleh buat untuk satu jug air. Kadang-kadang kalau nak buat secawan je, terpaksa guna satu uncang.
Kebiasaannya cara bancuh teh untuk secawan adalah rendam uncang teh sekejap saja kemudian terus buang sebab risau teh terlalu pekat. Membazir bukan?
Rupanya siapa yang guna uncang teh bertali tu, ada trick yang ramai tak tahu iaitu oleh potong kepada dua bahagian, jimat kalau nak buat secawan teh.
Rupanya Uncang Teh Boleh Potong Dua?
Viral satu video di laman sosial TikTok berkenaan seorang wanita mendedahkan bahawa tuncang teh bertali boleh dipotong dua.
Menerusi video tersebut, difahamkan pemilik akaun TikTok itu mendedahkan fungsi sebenar uncang teh yang baru diketahui selepas 32 tahun hidup.
Cabut kertas yang terdapat pada uncang teh, kemudian koyakkan bahagian tengah dengan berhati-hati. Gunting di tengah-tengah uncang teh untuk dibahagi dua.
“32 tahun hidup baru tahu fungsi ni..”
Menjengah ke ruangan komen, para netizen juga terkejut dan turut mengakui tidak pernah tahu akan ‘trick’ itu.
Namun, bukan semua jenis uncang teh boleh dipotong dua sebegini. Difahamkan, jenama uncang teh yang digunakan dalam video tersebut adalah jenama Lipton.
Sumber: TikTok @niaminoo