tart telur

Kat kedai roti, kuih tart telur ini memang selalu je habis. Laku ye! Dapat pula tart telur yang crunchy di luar dan lembut di dalam.

Memang sedap. Jom kita follow resepi tart telur gebus dan sedap di sini. Boleh la buat di rumah masing-masing nanti.

Nak buat tart telur ni ada macam-macam cara juga. Kalau malas nak buat shell, ada je yang guna puff pastry segera yang jual kat kedai tu.

Baca juga: Jom Belajar Buat Kulit Tart, Tak Susah Mana Pun & Boleh Buat Niaga Juga!

Tapi, teksturnya dan rasanya agak berbeza dari tart telur asli. Kalau nak lebih puas hati, baik buat shell tart/crust sendiri.

Jom ikuti resipi perkongsian dari Nor Al Fatihah ini. Min tengok pun macam menarik.

Resipi Tart Telur Homemade

Bahan kulit tart:

50 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*

Nota: Ayak bahan-bahan yang bertanda *

Bahan untuk filling telur:

6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning (Optional)

Cara membuat tart telur:

Penyediaan kulit tart:

1. Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
2. Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
3. Masukkan tepung gandum & tepung jagung.
4. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan doh ke dalam plastik wrap.
5. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit

Penyediaan filling telur:

1. Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair dan pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
2. Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan.
3. Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
4. Bakar di dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 150C selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing.
5. Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan. Siap untuk dihidang.

Ha! Mudah ke susah? Mudah je kan. Kalau nak buat kuih ni mood kena on. Kalau tak, susah juga kan. Rasa crunchy je luarnya. Dalam pun lembut sangat!

Selamat mencuba.


Sumber: Nor Al Fatihah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN