niaga sambil sedekah

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya niaga sambil sedekah juga mampu memberikan keuntungan di samping darjat kita diangkat oleh Yang Maha Esa.

Dalam ekonomi yang kian mencabar, sudah semestinya ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perniagaan yang diusahakan selama ini.

Berniaga merupakan salah satu cabang mencari rezeki halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran termasuklah bergantung kepada keadaan semasa seperti kos barangan.

Hal ini kerana, sekiranya kos barangan semakin meningkat, para peniaga juga terpaksa ikut sama meningkatkan harga jualan demi kelangsungan bisnes dan pulangan modal.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah peniaga yang berniaga sambil niat bersedekah kepada pelanggan mereka.

Seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga nasi ayam, rusdhidarikah, dalam video di TikTok yang berdurasi 2 minit 17 saat, beliau baru-baru ini berkongsikan tips dalam berniaga.

Ramai peniaga potong ayam 14 bahagian

Kebanyakan peniaga biasanya gemar memotong ayam kepada 14 atau 15 bahagian bagi menjimatkan kuantiti. Sebaliknya, chef ini menjelaskan bahawa dia lebih gemar untuk memotong ayam kepada 10 bahagian.

Walaupun dianggap jauh lebih merugikan berbanding cara peniaga lain, beliau menyifatkan ia suatu perkara biasa baginya dengan memotong 10 bahagian ayam.

@rusdhidarikah

Moga semua peniaga kedai makan dapat sale banyak. aminberandafyp fypage foryourpage deenasiayamjengka deenasiayamkajang deenasiayampandanindah

♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Berdasarkan video tersebut, rusdhidarikah berkongsikan cara memotong ayam yang bermula dengan potong kepada dua bahagian.

Tambahan lagi, bagi menampakkan ayam itu lebih besar dan menarik, beliau turut meletakkan sayuran di atas ayam sebagai hiasan.

Sehubungan itu, barulah ramai pelanggan yang tertarik dan berselera dengan hidangan ayam yang disediakan.

Sementara itu, rusdhidarikah juga menjelaskan bahawa dia berniaga sambil bersedekah.

“Dalam berniaga, rezeki bukan di tangan kita, sebaliknya Allah SWT yang memberikan rezeki,” jelasnya.

Sumber: TikTok @rusdhidarikah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN