Wanita Tengah Beli Isi Durian, Makcik Sebelah Selamba ‘Sambar’, Makan Orang Punya.
Masa nak beli sesuatu makanan mesti peniaga akan berikan tester untuk tahu buah tersebut elok atau tidak dari segi rasa dan kualiti bukan?
Ia juga salah satu marketing untuk membuktikan buah yang dijual berkualiti dan berada dalam keadaan yang elok.
Tapi lain pula kisahnya yang tular baru-baru ini dimana seorang mak cik ‘selamba’ je makan durian orang yang sedang membeli.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok ini, dapat kita lihat dia sedang sibuk melihat peniaga mengasingkan isi daripada buah durian yang telah dipilihnya.
Baca juga: ‘Melawan Hukum Buka Durian’ – Netizen Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian
Bagaimanapun tiba-tiba datang seorang mak cik selamba laju mencapai seulas daripada bekas itu dan makan tanpa rasa bersalah.
WANITA INGATKAN TESTER, SAMBAR DURIAN ORANG LAIN
Video Penuh:
@yusifadila Demi Apapun Kaget 😭 Tapi Lucu ,Lagi Fokus Ngonten Tiba” ada kejadian Begini 🤣🤣🤣 #tanjungbatukundur #tanjungbatu #yusifadila #tepongkengpongkeng
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga terkejut dengan situasi tersebut namun menganggap mungkin makcik tersebut menyangka isi durian itu tester yang diletakkan untuk pembeli merasa kualiti buah itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui tidak gemar dengan sikap segelintir individu yang tidak beradab dan mengambil sahaja tanpa bertanya dahulu.
Netizen juga akui masih ada sebilangan pembeli yang memegang isi durian sewaktu peniaga sedang membukanya untuk merasa dengan tangan kualiti durian tersebut malah mengangkap ianya salah satu sikap yang tidak wajar untuk dilakukan.