Zaman sekarang ni, orang ramai lebih suka beli barang secara atas talian atau online daripada cari di kedai. Tak kira barang dapur, pakaian ataupun kelengkapan rumah. Beli barang online ini ada beberapa kelebihan antaranya:
- Jauh lebih mudah. Tak perlu keluar rumah untuk pergi ke kedai. Duit minyak pun jimat!
- Tidak perlu menunggu lama untuk membuat pembayaran.
- Tak perlu bersesak dengan orang ramai. Beli online sambil baring atau makan kat rumah je.
- Kemudahan pembayaran tanpa tunai (cashless)
- Tidak membazir tenaga untuk keluar ke pasar raya.
Tips Beli Barang Dapur ‘Online’ Kalau Nak Jimat
Sekarang ini sudah ada banyak aplikasi beli barang dapur online serta barang keperluan harian yang terus dihantar sampai ke rumah. Apa salahnya sekali sekala guna aplikasi ini kalau malas nak keluar ke pasar raya kan?
Namun, tidak dinafikan beli online ni ‘sedikit’ mahal dari beli secara fizikal. Haa, ini tips nak lagi jimat kalau belanja online. Boleh dapat lagi murah dari beli kat kedai tau!
1. BERBELANJA MENGIKUT BAJET
Sebelum berbelanja, pastikan jumlah bajet cukup dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang ditetapkan.
2. BANDINGKAN HARGA
Dalam berbelanja, survey dulu harga barang dapur tersebut dengan harga yang selalu kita beli di kedai. Kalau mahal seringgit dua kira okay lagi.
3. BERBELANJA SEMASA SALE
Bila ada sale kaw kaw yang jimat habis, boleh belanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan berbaloi untuk kita semua.
Biasanya sale ni akan ada pada musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu.
4. GUNAKAN KUPON/VOUCHER DISKAUN
Okay, tips terakhir jimat berbelanja adalah dengan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa belanja online sebelum checkout.
Ramai tak tahu sebenarnya dengan menggunakan kupon boleh jimat duit belanja walaupun sikit. Sekurang-kurangnya masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan lain, betul tak?