kuah kacang paling mudah

Hidangan kuah kacang ni memang wajib ada bila Hari Raya. Tahun ni pasti ramai yang pulang beraya di Kampung selepas 2 tahun tidak dapat beraya. Apa kata jom kita belajar buat sendiri kuah kacang paling mudah ni.

Maklumlah selepas 2 tahun tidak dapat beraya, pasti orang ramai bersemangat untuk ziarah saudara-mara di kampung. Jadi ibu-ibu bolehlah buat menu mudah ini untuk dimakan dengan nasi impit untuk dihidangkan kepada tetamu.

Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Hafizah di bawah. Paling menarik, tak perlu guna belacan dan santan tapi rasa kuah kacang ini tetap sedap dan berlemak.

RESIPI KUAH KACANG PALING MUDAH

Bahan-bahan:

  • 500g kacang tanah
  • 13 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras (saya letak dua biji)
  • Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)
  • 2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
  • 5 sudu gula (boleh guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
  • Garam
  • Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
  • 2 batang serai

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
  2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.

  3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
  4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
  5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.

  6. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
  7. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.

Kredit: Cr Nur Hafizah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Satay Hasil Jualan Turun-Temurun Keluarga

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN