Sesiapa yang plan nak berdiet, menu paling mudah nak buat ialah lauk pauk bakar. Nak mudah, jom buat saja pes bakar menggunakan resipi di bawah.
Resipi paling mudah dan sedap untuk diikuti. Pes ini boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, tinggal lumur saja bahan bahan dan boleh dibakar.
Memang sangat menjimatkan masa dan tenaga. Sedap dimakan bersama nasi panas-panas dan ulam-ulaman. Selamat mencuba!
HOMEMADE PES BAKAR
Bahan-bahan:
- Cili kering (2 gengam)
- Bawang merah (1-2 biji) + putih (7-8ulas)
- Serai (2 batang)+ halia & lengkuas (sebesar ibu jari)
- Daun limau purut (1-2 helai)
- Belacan bakar (secubit)
- Serbuk kari (sesudu kecil)
- Pes asam jawa (sesudu kecil)
- Gula melaka (sesudu kecil)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan, kemudian masak sehingga semua bahan garing dan cili masak.
- Hiris halus daun limau purut dan taburkan.
- Bila sambal dah sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
Bila nak guna, lumur saja pes pada lauk pilihan masing-masing, kemudian sedia untuk dibakar.
Kredit: Raihanatu Zie