air barli halia

Bila demam, badan pun akan jadi panas lain macam. Selain dari makan ubat untuk kurangkan panas badan, kita juga boleh cuba menggunakan petua orang lama seperti minum air barli halia.

Petua ini dikatakan berkesan untuk sejukkan badan dan kurangkan demam. Seisi keluarga pun boleh amal minum air ini. Jom lihat cara membuatnya di bawah!

CARA BUAT AIR BARLI HALIA

Bahan-bahan:

  • Barli
  • Halia
  • Air
  • Gula batu

Cara penyediaan:

1. Cuci bersih barli dan halia sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

2. Masukkan air dalam periuk. Sukatan agak-agak, asalkan tak kering semasa rebus barli tadi. Biasa saya guna 4 sudu barli dan 4 cawan air.

3. Rebus sampai biji barli kembang. Kemudian baru letak gula batu dan biarkan sampai gula larut. Guna api kecil saja. Kacau selalu untuk cepatkan gula larut.

4. Bila barli dah kembang, boleh tutup api. Masukkan air sikit dalam cawan. Sejukkan. Agak dah suam, bolehlah minum.

Tips:

  • Kalau masa rebus tak guna gula batu, boleh campur madu sikit masa nak minum. Kalau tak campur apa pun tak apa. Macam air suam saja rasa dia.
  • Ni anak kecil pun boleh minum. Bila badan anak panas, elok bagi minum. Insya-Allah sejuk badan anak nanti.

Kredit petua & gambar: Effy Sueffy

Baca juga: Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut & Ringankan Badan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN