Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Ramai tak tahu,boleh guna telur ayam pun boleh juga rupanya. Hasilnya tetap sama macam telur itik.
Lagi satu, kalau beli yang dah siap harga boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.
Paling best kalau buat telur masin ikut cara ni, kita boleh guna telur ayam saja. Jimat pun jimat! Jom lihat cara-caranya di bawah.
CARA BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM
Bahan-bahan:
- 10 biji telur ayam
- 250g garam kasar
- Air secukupnya
- 10 ulas bawang putih
- Sedikit cili padi – ikut selera masing-masing
Cara penyediannya:
- Bersihkan telur ayam tersebut.
- Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.
- Hiris halus bawang putih dan cili padi.
- Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.
- Kemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.
- Tutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.
- Selepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.
Telur masin homemade siap! Selamat mencuba.
Kredit: Dapur Indonesia