mi goreng stail mamak

Kalau pergi kedai mamak, memang wajib pekena mi goreng ni. Nampak macam simple, tapi rasa mi goreng stail mamak ni memang sangat istimewa dan sedap!

Dapat pula mi goreng yang stail basah-basah sikit lagi umphh! Kalau malas nak keluar, boleh buat sendiri je kat rumah.

Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ziera Xiera di bawah.

RESIPI MI GORENG STAIL MAMAK

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sdb udang kering (tak nak letak pun takpe)

Bahan A:

  • 2sdb sos tiram
  • 2sdb sos tomato
  • 3sdb sos cili
  • 2sdb kicap pekat manis
  • Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yang kita nak)
  • Garam
  • 1sdb gula (jika tak pedas tak perlu letak)
  • Isi ayam
  • Fish cake

Bahan B:

  • 4-5 biji telur (kalau mee 1kg, guna 9-10 biji telur)
  • Mee (untuk paket 1/2 kg)
  • Sawi
  • Tauge
  • Hirisan cili merah

Cara-caranya:

1. Kisar bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.

2. Masukkan bahan B satu per satu. Masak sampai sebati dan cukup rasa.

3. Kemudian baru masukkan telur. Kocak-kocak sekejap, baru masukkan mee. Gaulkan sampai semua bersalut rata.

4. Akhir sekali baru masukkan sayur. Kacau lagi sehingga rata.

Siap! Selamat mencuba.

Kredit: Ziera Xiera

Baca juga: Resipi Bihun Sup Tumis Darat, Siap Dengan Sambal Kicap Padu. Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN