Suka makan pau? Apa kata jom cuba buat sendiri di rumah. Kalau buat sendiri, boleh letak inti mengikut citarasa masing-masing seperti pau inti kelapa.
Mudah saja caranya, kalau first time buat pun confirm jadi. Jom lihat cara-caranya di bawah.
CARA BUAT PAU INTI KELAPA
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan air suam kuku
- 1 paket yis
- 2 sdb gula pasir
Bahan-bahan:
- 4 1/2 cawan tepung gandum @ tepung pau
- 3 sdb shortening
- 2 sdb susu pekat manis
- 1 1/2 sdt baking powder
- Sedikit garam
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan A dalam satu bekas kacau dan biarkan berbuih dalam 5- 6 minit lebih kurang.
2. Satukan semua bahan B. Gaul hingga jadi serbuk.
3. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati selama 8-1 minit.
4. Kemudian peram adunan dlm bekas bertutup selama 15 minit..
5. Uli semula. Bulat-bulatkan.
6. Ambil satu adunan, masukkan inti dan letak atas kertas minyak.
7. Perap lebih kurang 15-20 minit dan kukus 7 selama minit.
Kredit: Rahmah Rosmin