asam pedas ori melaka

Tak susah mana pun nak cuba buat Asam Pedas Ori Melaka yang pekat likat. Pergi Melaka memang wajib cari asam pedas ni.

Tapi kalau malas nak bersesak dengan orang ramai, boleh cuba buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi di bawah.

Kuah asam pedas ni kena pekat baru padu! Nak tahu caranya? Jom lihat resipi di bawah.

Resipi Asam Pedas Ori Melaka

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Belacan melaka (yang keping-keping tu)*
  • Cili kering*
  • Daun limau (boleh guna daun kesum, bunga kantan atau serai ikut selera)
  • Air asam jawa
  • Bahan hiasan (bendi/tomato/terung)

Belacan melaka

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*) sampai halus mulus, baru kuah jadi cantik. Sukatan agak-agak saja, kalau masak banyak lebihkan bahan.
  2. Tumis semua bahan kisar sampai pecah minyak. Lebihkan minyak supaya cili cukup masak dan cantik berminyak (bila dah siap masak, minyak boleh buang). Letakkan serai jika suka.
  3. Bila dah pecah minyak dan cili dah masak, masukkan pula air asam jawa (jangan banyak sangat, agak-agak saja). Letak sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
  4. Biarkan sampai mendidih. Kemudian boleh masukkan ikan. Masukkan juga daun kesum dan bunga kantan @ daun limau jika mahu.
  5. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya (tak letak gula). Biarkan lagi sehingga mendidih dan ikan masak.
  6. Akhir sekali masukkan bahan hiasan seperti sayur bendi, tomato atau terung. Biarkan sekejap dan siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Fyra Mussa

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Thai ‘Viral’ Yang Ringkas, Sedap & Senang Untuk Disediakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN